Monday, 26 November 2018

Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) - April 2017

Hello people!
Entry kali ni Sara nak share pengalaman bersalin di KPMC Kajang. KPMC ni betul2 berhadapan dengan stadium Kajang. Sara gave birth on April 2017.
Kalau rasa nak bersalin kat situ, kita kena start buat checkup under them start from 25weeks of pregnancy (if tak silap la), but still, checkup dekat KK pun still kena pergi ok.
Dekat situ, ada 3 doctors yg handle ibu bersalin. And as far as i know, most mommies or mommies to be akan pilih Dr Anita untuk sambut anak yg akan dilahirkan. About Dr Anita, Sara & suami sangat2 suka sebab org nya sangat baik & lemah lembut percakapan dia. Sepanjang checkup dekat situ, Dr Anita yg handle.
Waktu hari untuk bersalin, Sara pilih untuk ambil single bedroom yg paling low harga dia. Tempat memang selesa. Ada katil kecik untuk suami or sape2 nak temankan tidur malam di situ. Dan ya, bilik mandi pun ada. Kita juga akan dapat toiletries dari KPMC. So tak perlu kot nak bawak shampoo sabun toothbrush toothpaste semua tu. Maternity pad pun diberi.
Sebab kan Sara over due seminggu, so Sara dipaksa untuk bersalin, so Sara diberi ubat pill (or org akan kata induced labor), dan ubat ni bukan untuk dimakan ye. Ubat ni nurse akan masuk ke dalam V kita. Dan ya, memang sakit sedikit.
Sebabkan Sara bersalin normal, Sara dibenarkan balik rumah esoknya. So, everything went smoothly & about KPMC, semuanya ok!
Tentang payment pulak, Sara kena RM1275, yg sepatutnya Sara kena bayar RM1260 untuk single bed yg Sara pilih. So extra charge RM15 tu Sara tak sure apa, maybe sebab Sara ambil ubat tahan sakit rasanya. Boleh kata tempat ni tiada hidden charge ke apa, but of course kalau kita request for some medication or kita kena vacuum ke & etc etc, mestilah ada extra fees. So luckily Sara bersalin normal, so memang tepat2 RM1260 Sara kena charge termasuk makan minum & service diorang. So Sara syak RM15 tu ialah ubat tahan sakit yg Sara mintak nurse inject ke Sara waktu dalam labor room.
*sekiranya ada apa2 pertanyaan tentang KPMC, boleh direct message Sara ya, In Shaa Allah mana Sara boleh share, Sara share.

Tuesday, 1 May 2018

Makanan Anak 1 Tahun (1 year old Baby's Food)

Hello people!
I have a one year old boy & Sara full housewife. Entry kali ni Sara nak share tentang baby's food yg Sara prepare untuk anak Sara makan.
Macam yg ibu2 sedia tahu, umur untuk anak start boleh makan is 6 months. Tapi Sara terlewat seminggu sebab, waktu anak Sara 6 m/o, Sara ada di Sabah. Dan Sara memang nawaitu nak anak makan step by step. So terpaksa tunggu balik rumah, baru boleh focus on baby's food.
Untuk umur awal macam ni, you all boleh perkenalkan makanan2 awal & ikut 4 days rule tu ya, supaya boleh detect anak allergic pada makanan jenis apa.
Macam anak Sara, Alhamdulillah, semua try & semuanya ok. Cuma, kalau makan pumpkin tu, dia macam kembung sikit. Maybe angin. I'm not so sure. So start dari umur 8 m/o, Sara constantly bagi makan benda yg sama.
Which is, dalam satu hari, anak Sara akan makan fruits, nasi, vegetables (carrot/tomato & sawi/cellery/bayam), sedikit minyak. Anak Sara susu badan, so continue je susu badan. Cuma kadang2, Sara akan bagi dia sedikit fresh milk dutch lady, untuk saja bagi dia rasa. Itu pun jarang bcs Sara yg lebih minum :P
Untuk umur setahun, Sara start bagi dia makan roti + marjerin.
Cara penyediaan sama je macam waktu dia sebelum umur setahun. Sara belum pernah bagi anak makan cerelac nestum or any baby's biscuits. Bagi Sara, pemakanan anak sudah cukup khasiat dengan apa yg Sara beri. Tapi lain ibu, lain cara kan. Sara lebih suka anak Sara punya snek digantikan dengan fruits. Tapi one day, Sara sure akan terbagi jugak biscuits untuk baby tu. Tengoklah tahap kerajinan Sara macam mana along the way ni :P
Cara penyediaan senang je.
Pagi, Sara akan bakar satu keping roti, dan sapukan sedikit marjerin. Air pula terpulang, nak bagi air suam kosong boleh, susu suam pun boleh.
Tengahari, Sara akan ambil sedikit nasi & lenyekkan kasi lembut. Dan sup sayur + ayam.
Petang, Sara akan beri fruits yg lembut2. In my case, Sara akan bagi puree buah yg Sara sendiri buat. Puree buah Sara senang je, kukus apple, dan blend dengan prune sedikit, dan simpan dalam fridge.
Malam, panaskan sup siang tadi tu, ambil nasi lenyek2 kan, dan makan.
Ok, untuk sup sayur + ayam tu, Sara akan tambah sedikit minyak. Dan bila nak makan, Sara akan blend sayur & ayam tu sbb anak Sara macam tercekik je. So nak ransang gusi & rahang dia, nasi tu Sara lenyekkan saje. Roti waktu pagi pun, Sara akan bagi cubit2 macam tu. In Shaa Allah anak takkan tercekik sebab, anak Sara jenis kumam roti dalam mulut, lama2 jadi boleh telan. Tapi bila bagi roti ni memang lama la proses dia, dengan dia nak main & aktif lagi. Kena sabar ya.
Untuk sayur pulak, Sara stick pada 3 jenis sayur je. Sebab, pernah sekali tu try anak bagi sayur hijau je, dia taknak telan. Nak kena ade carrot or tomato jugak.
Ape Sara buat? Dalam satu hari, kena ada:

Nasi + sedikit minyak + ayam + tomato + sayur hijau
or
Nasi + sedikit minyak + ayam + carrot + sayur hijau

Dari dia before setahun until now, memang Sara repeat benda sama je. Sayur hijau depends pada ibu2 nak beri apa. Macam Sara, bayam/sawi/cellery. Ini je Sara guna.
Jangan lupa ya. Nak beri anak minum barli pun takpe. Tapi Sara jenis pemalas sikit, jarang dah nak rebus air barli. Bila demam je rajin, sambil2 tu bagi anak sikit. Tapi jangan letak gula tau kalau untuk anak.
Elakkan beri gula or garam dalam masakan anak bawah 2 tahun. Sara start bagi roti + marjerin pun baru dalam minggu lepas, bila anak dah setahun.
Ok, harap membantu ibu2 semua. Sebab penyediaan makanan untuk anak Sara, memang senang dapat & menjimatkan (:

BREAKFAST
Roti bakar (sapu sedikit marjerin)
One slice orange (or any fruits)
Fresh milk Dutch Lady (Sara tambah sedikit air panas)


LUNCH or DINNER
Nasi (dilenyekkan)
Sup ayam + sayur (Sara akan blend bila nak beri anak makan)


Sup lebih yg Sara akan panaskan untuk dinner

Tuesday, 24 April 2018

Fresh Start

Assalamualaikum & hi people.
Before ni Sara active on blogging (years back). Dan Sara stop. And now i'm back with a new start of blog.
Kali ni Sara akan blogging lebih pada 'exploring'. Tak semestinya explore tempat, it could be anything. Tempat menarik, resturant, or even stuffs around us.
I'l share every informative things that will help you guys. In Shaa Allah.
So cheers!